Tujuh maut, 200 hilang empangan di Brazil runtuh

Mangsa terselamat menanti bantuan di sebatang jalan yang terputus akibat ditimbus lumpur
Mangsa terselamat menanti bantuan di sebatang jalan yang terputus akibat ditimbus lumpur
A
A
A

MINAS GERAIS - BRAZIL. Sekurang-kurangnya tujuh mayat mangsa yang dihanyutkan arus deras dalam kejadian empangan runtuh di tenggara Brazil semalam berjaya ditemui.

Kejadian di Minas Gerais itu turut menyebabkan kira-kira 200 pekerja yang berada di lombong berhampiran dilaporkan masih hilang.

Difahamkan, terdapat 300 pekerja berada di lokasi empangan ketika kejadian berlaku, kebanyakannya sedang menikmati makan tengah hari.

Beberapa gambar dari udara di televisyen menunjukkan kawasan yang luas musnah.

Malah, banyak rumah kelihatan rosak atau musnah dalam kejadian itu. - Agensi

Artikel Berkaitan: