'Geng Gi Mekoh Nga Mutor' berkerusi roda tunai umrah

Mohamad Fadhli menolak Diami sambil dibantu Mohd Zalani sewaktu melakukan ibadah di Makkah.
Mohamad Fadhli menolak Diami sambil dibantu Mohd Zalani sewaktu melakukan ibadah di Makkah.
A
A
A

KOTA BHARU - Walaupun salah seorang sahabat Geng Gi Mekoh Nga Mutor, Diami Yusoff mengalami masalah buku lali, rakannya, Mohamad Fadhli Ab Rashid dan Mohd Zalani Zulkifli tetap membantunya menyempurnakan ibadat umrah setibanya di Makkah.

Mohamad Fadhli ketika dihubungi Sinar Harian memberitahu, mereka tetap meneruskan niat dan membantu Diami (Abe Mat) melakukan ibadah itu walaupun terpaksa menggunakan kerusi roda.

“Kami bantu Abe Mat untuk setiap urusan memandangkan beliau masih lagi sakit kaki sejak sampai di sini. Namun alhamdulillah, semuanya selesai.

“Kami naik teksi untuk ke Makkah yang memakan masa lima jam memandangkan risaukan keselamatan Abe Mat.

“Kami buat sehabis baik bagi memastikan kami dapat tunaikan rukun umrah dan tawaf sunat dengan sempurna,” katanya.

Mohamad Fadhli berkata, dia bersyukur walaupun dia dan Diami pertama kali menjejak kaki ke Makkah, mereka dibantu Mohd Zalani yang berpengalaman mengerjakan haji sebelum ini.

Tiga sahabat itu memulakan misi pada 3 November tahun lalu merentasi tujuh negara dengan motosikal kapcai melalui perjalanan sejauh 14,000 kilometer.

Mereka bertiga dijangka pulang pada 29 Januari ini dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu, 3 petang, hari yang sama.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Geng 'Gi Mekoh Nga Muto' dah sampai...

ARTIKEL BERKAITAN: Geng 'Gi Mekoh Nga Mutor' kini di Arab Saudi