Institut Teknologi ANS buka pengambilan pelajar baharu

ANS giat membuat pengambilan pelajar baharu bagi kemasukan September 2020 untuk program tahun asas, diploma dan ijazah sarjana muda bagi program pengajian di Unitar International University (Unitar) Alor Setar.
ANS giat membuat pengambilan pelajar baharu bagi kemasukan September 2020 untuk program tahun asas, diploma dan ijazah sarjana muda bagi program pengajian di Unitar International University (Unitar) Alor Setar.
A
A
A

ALOR SETAR - Institut Teknologi ANS Alor Setar (ANS) sedang giat membuat pengambilan pelajar baharu bagi kemasukan September 2020 untuk program tahun asas, diploma dan ijazah sarjana muda bagi program pengajian di Unitar International University (Unitar) Alor Setar.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nasir Idris berkata, kemasukan itu terbuka kepada semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), asasi, matrikulasi, sijil dan diploma.

Menurutnya, Unitar turut menawarkan Dana Ikhsan kepada golongan B40 (penerima Bantuan Sara Hidup) iaitu yuran pengajian disetarakan dengan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Mohd Nasir
Mohd Nasir

“Sebagai contoh jika yuran pengajiannya berjumlah RM25,000 yuran itu akan disetarakan dengan pinjaman PTPTN dan selepas diskaun pelajar itu hanya perlu membayar RM18,000,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Menurutnya, Dana Ikhsan Unitar bertujuan membantu pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan dan terjejas akibat pandemik koronavirus (Covid-19) untuk menyambung pengajian tanpa memikirkan beban kewangan yang tinggi.

“Potongan yuran pengajian antara RM2,000 hingga RM6,000 sedikit sebanyak membantu pelajar untuk belajar dengan minda yang tenang tanpa perlu memikirkan beban komitmen bayaran bulanan.

“Tambahan pula, pihak Unitar turut memberikan elaun secara tunai kepada pelajar selama enam bulan untuk memastikan proses pembelajaran berjalan lancar.

Artikel Berkaitan:

“Selain itu, pelajar juga diberi elaun ICT bagi pembelajaran secara dalam talian sebanyak RM600 dan elaun kelayakan merit berdasarkan keputusan SPM/ STPM atau PNGK berjumlah antara RM900 hingga RM3,000,” katanya.

Mohd Nasir berkata, pihak ANS juga akan mengadakan taklimat pendidikan dan kerjaya pada 21 Ogos depan bertempat di Kompleks HIG, Langkawi dan 22 Ogos di Pejabat Mara Kulim.

“Pelajar berminat boleh hadir ke taklimat berkenaan untuk mendapat maklumat lanjut. Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 04-731 4305 atau 017-316 0845/ 019-590 8595,” katanya.