X

Kindly register in order to view this article
!

Tujuh sekeluarga selamat dikebumikan

A
A

KULIM - Tujuh sekeluarga yang maut dalam kemalangan di Kilometer 5 Jalan Keramat Pulai berhampiran Simpang Lubuk Timah semalam selamat tiba di Tanah Perkuburan Islam Kampung Badlishah kira-kira jam 6.10 petang tadi.

Kesemua mereka dibawa menaiki enam buah van jenazah dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh sebaik sahaja proses bedah siasat selesai.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Badlishah Serdang Kedah.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Badlishah Serdang Kedah.

Solat jenazah kemudian disempurnakan di pekarangan tanah perkuburan pada jam 6.30 petang sebelum sesi ziarah dibenarkan untuk orang ramai dan saudara terdekat.

Kira-kira 1,000 orang mengiringi jenazah ke kawasan perkuburan yang dikebumikan dalam satu liang lahad.

Kira-kira 1,000 orang hadir di Tanah Perkuburan Islam Kampung Badlishah petang tadi.
Kira-kira 1,000 orang hadir di Tanah Perkuburan Islam Kampung Badlishah petang tadi.

Kesemua jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Badlishah Serdang Kedah.

ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh maut, Alza bertembung lori

Nahas MPV: Saksi sayu terdengar jeritan, tangisan mangsa

Identiti mangsa nahas MPV dikenal pasti

Petang semalam, tujuh sekeluarga maut dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari Cameron Highlands ke rumah mereka di Kampung Badlishah, Serdang, Kedah.

Dalam kemalangan kira-kira jam 5.30 petang itu, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dipandu Mohd Zairul Mat Isa, 34, hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah hadapan.

Mereka yang maut adalah Mohd Zairul; isterinya, Nuratiqah Abd Hamid, 30 dan anak bongsu, Nur Qaseh Damia Mohd Zairul, 4.

Turut terkorban ibu Mohd Zairul, Fatimah Mat Isa, 68, dan sepupu, Zulkifli Shuib, 49, isterinya, Hasliza Mahmud, 40 serta anak mereka, Mohd Alif Firdaus, 3.

Anak Mohd Zairul, Muhammad Haziq, 9, dilaporkan dirawat di zon kuning HRPB manakala anak Hasliza, Firash Mikhael Azrie Syah, 11, dan seorang lagi dikenali sebagai Apit, 16, dilaporkan sedang dirawat di zon merah.

Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!