Tahanan reman pengarah syarikat dilanjutkan

Tahanan remen suspek dilanjutkan.
Tahanan remen suspek dilanjutkan.
A
A
A

PUTRAJAYA - Tempoh tahanan reman pengarah syarikat bergelar Datuk dan seorang lagi individu dilanjutkan selama tiga hari bagi membantu siasatan berhubung rasuah dan tuntutan palsu melibatkan RM1.8 juta.

Majistret Ahmad Afiq Hassan membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.

Tempoh lanjutan reman itu berkuat kuasa bermula esok sehingga 28 Januari ini.

Sementara itu, suspek seorang wanita yang sebelum ini ditahan untuk disiasat bagi kes sama dibebaskan majistret dengan jaminan SPRM, RM10,000.

Rabu lalu, ketiga-tiga suspek itu direman selama tiga hari dan disyaki menerima rasuah daripada pembekal peralatan kilang berhubung pembelian mesin bagi operasi sebuah syarikat yang kedua-dua pengarah syarikat itu turut mempunyai saham.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan: