X

Kindly register in order to view this article
!

Tujuh ditahan pukul lelaki warga Bangladesh

Nurulhuda Mohd Salleh
A
A

KLANG - Tujuh lelaki warga Indonesia ditahan polis selepas dipercayai memukul seorang lelaki warga Bangladesh dalam satu kejadian di sekitar Meru pada Rabu lalu.

Difahamkan kejadian itu berlaku selepas suspek tidak berpuas hati dengan mangsa yang pernah membuat laporan polis ke atas suspek kerana seringkali membuat bising di kediaman mereka yang terletak berhampiran rumah mangsa.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, pengadu yang merupakan pemilik rumah sewa mangsa bertindak membuat laporan polis pada jam 11.15 malam pada hari kejadian selepas dia dihubungi pekerjanya itu yang merupakan seorang tukang cuci.

"Mangsa bernama Aslam memaklumkan kepada pengadu bahawa dirinya telah ditahan oleh beberapa orang lelaki yang meminta wang sebanyak RM5,000 untuk dilepaskan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Nurulhuda berkata, siasatan awal mendapati mangsa diserang tujuh lelaki disyaki warga Indonesia dengan menggunakan senjata dipercayai buku lima.

"Salah seorang suspek juga dikatakan menggunakan sebilah parang dengan tujuan untuk menakutkan mangsa.

"Mangsa diminta memberikan bayaran wang sebanyak RM5,000 sekiranya mahu dilepaskan namun dia hanya berikan wang sebanyak RM900," katanya.

Beliau berkata, polis berjaya menangkap suspek menerusi serbuan dilakukan anggota Balai Polis Bandar Baru Klang malah senjata terlibat turut dirampas.

Katanya, mangsa yang mengalami kecederaan ringan akibat dipukul dalam kejadian itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk tujuan pemeriksaan dan rawatan selanjutnya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!