Beri peluang peguam berhujah di mahkamah: MCW

Jais Abdul Karim
Jais Abdul Karim
A
A
A

SHAH ALAM - Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menyarankan semua pihak agar memberi peluang kepada peguam-peguam yang terlibat dalam pendakwaan kes terowong di Pulau Pinang membabitkan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memberikan hujah masing-masing di mahkamah.

Presiden MCW, Jais Abdul Karim turut mengharapkan proses pengadilan itu berjalan dengan lancar tanpa ada gangguan atau desakan yang tidak sepatutnya daripada mana-mana pihak.

“Pihak Guan Eng juga pastinya mempunyai ruang secukupnya untuk menunjukkan bukti dan keterangan bagi menafikan penglibatan beliau terhadap segala tuduhan tersebut.

“MCW yakin tiada 'pendakwaan berpuluh-pilih' oleh agensi penguatkuasaan di dalam negara bagi menegakkan keadilan untuk semua,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Jais berkata, MCW menyokong penuh usaha pencegahan rasuah yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam semua sudut demi memastikan Malaysia bersih daripada ancaman rasuah.

“Kami amat bersetuju dengan tindakan dan siasatan yang dilakukan sehingga berjaya membawa individu-individu terbabit ke muka pengadilan yang diambil tanpa mengira pangkat dan kedudukan waima pelaku adalah seseorang pemimpin terulung negara.

“Perbuatan rasuah tetap kesalahan besar di sisi undang-undang walaupun sering dijadikan isu untuk dipolitikkan oleh semua pihak terbabit,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Guan Eng nekad lawan tuduhan rasuah

Artikel Berkaitan:

Guan Eng mengaku tidak bersalah