Guan Eng nekad lawan tuduhan rasuah

Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng membuat keputusan untuk melawan pertuduhan rasuah berhubung kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.
Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng membuat keputusan untuk melawan pertuduhan rasuah berhubung kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng membuat keputusan untuk melawan pertuduhan rasuah berhubung kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Guan Eng berkata, tuduhan berkenaan disifatkan untuk mencemar nama baiknya sebagai seorang ahli Parlimen.

"Kita akan teruskan perjuangan untuk memastikan Malaysia bersih, adil dan isu rasuah dapat dibanteras, kita lawan rasuah," katanya pada sidang media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Guan Eng sebelum itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan meminta suapan bagi membantu sebuah syarikat dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.

Bagaimanapun bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Setiausaha Agung DAP itu hadir ke mahkamah ditemani bapanya, Lim Kit Siang, kelihatan tenang dan hanya mendiamkan diri sepanjang prosiding

Mengulas lanjut, Guan Eng menegaskan bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang suapan.

"Perkara itu tidak pernah ditanya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, mana suapan saya?.. Sama ada ia berbentuk kewangan atau ia ada dalam akaun saya," katanya.

Artikel Berkaitan:

.