Krisis Venezuela: PBB mahu dialog diadakan segera

Antonio Guterres - Foto AFP
Antonio Guterres - Foto AFP
A
A
A

DAVOS - SWITZERLAND. Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres meminta agar dialog diadakan bagi mengelakkan krisis politik Venezuela menjadi lebih buruk.

Ia susulan tindakan ketua pembangkang Venezuela, Juan Guaido mengisytiharkan dirinya sebagai presiden interim.

Tindakan Guaido yang mendapat sokongan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan beberapa negara lain menyebabkan Presiden Nicolas Maduro memutuskan hubungan diplomatik dengan AS.

"Kami berharap dialog dapat diadakan segera agar konflik yang mendatangkan kesan buruk kepada rakyat Venezuela dapat dielakkan.

"Apa yang kami bimbangkan adalah penderitaan rakyat," katanya menerusi siaran Facebook Live di Forum Ekonomi Dunia di Davos.

Beliau turut bimbang terhadap laporan mengatakan terdapat 13 mangsa maut susulan protes keganasan di Venezuela sepanjang minggu ini, dan mahu siasatan telus dijalankan berhubung perkara itu.

Dalam pada itu, laporan PBB mengatakan, hampir 2.3 juta rakyat meninggalkan negara itu sejak 2015 akibat kemiskinan hidup. - AFP

Artikel Berkaitan: