Harga pelitup muka akan turun lebih rendah

Harga siling pelitup muka tiga ply (lapis) akan diturunkan daripada RM1.50 seunit kepada RM1.20. - Foto123RF
Harga siling pelitup muka tiga ply (lapis) akan diturunkan daripada RM1.50 seunit kepada RM1.20. - Foto123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menurunkan harga siling pelitup muka lebih rendah daripada RM1.20, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menterinya, Alexander Nanta Linggi berkata, harga siling pelitup muka tiga ply (lapis) akan diturunkan daripada RM1.50 seunit kepada RM1.20.

“Tetapi sekarang memandangkan maklum balas umum, kami dah bincang mungkin kita akan turun lagi bawah daripada RM1.20,” katanya menjawab soalan tambahan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) ketika sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di sini.

Poay Tiong ingin tahu langkah yang diambil KPDNHEP bagi memastikan harga pelitup muka diturunkan.

Pada 23 Julai lalu, Nanta mengumumkan harga siling pelitup muka diturunkan kepada RM1.20 daripada RM1.50 seunit bermula 15 Ogos, manakala harga borong bahan itu yang ketika ini RM1.45 seunit juga diturunkan kepada RM1.15 bermula pada tarikh sama.- Bernama

Artikel Berkaitan: