Penjual tangkal azimat ditikam sami

Mangsa rebah setelah ditikam seorang sami dalam satu kejadian di Bangkok. - Foto ViralPress
Mangsa rebah setelah ditikam seorang sami dalam satu kejadian di Bangkok. - Foto ViralPress
A
A
A

BANGKOK - THAILAND.Seorang penjual jalanan terselamat daripada maut selepas ditikam seorang sami Buddha yang mahu membuktikan tangkal azimat yang dijual lelaki berkenaan tidak mempunyai sebarang kuasa.

Ketika insiden Jumaat lalu, Nai Atchawanit,30, berkata kepada sami, Niwan Phrachakasem bahawa tangkal yang dijual (dan dipakainya ketika itu) mempunyai 'kuasa ajaib' yang mampu menangkis sebarang serangan.

Phrachakasem yang tidak bersetuju dengan dakwaan Atchawanit, kemudian bertindak menikam kepala dan leher mangsa menggunakan pisau bagi membuktikan kata-kata penjual itu hanya omong kosong.

Mangsa yang bermandi darah akhirnya rebah sebelum dibantu seorang pelancong warga asing yang kebetulan berada di tempat kejadian.

Ketika ditahan, sami terbabit berkata, mangsa sendiri 'mendorongnya' untuk bertindak sedemikian bagi membuktikan kekuasaan tangkal yang dipakainya.

Dalam pada itu, polis menunggu waktu yang sesuai untuk menyoal mangsa yang dilaporkan masih menjalani rawatan di hospital. -Dailymail

Artikel Berkaitan: