Siasatan 1MDB dijangka selesai Mac

Mohamad Fuzi (tiga, kiri) menunjukkan isyarat bagus ketika merasmikan Program Rondaan Cegah Jenayah di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.
Mohamad Fuzi (tiga, kiri) menunjukkan isyarat bagus ketika merasmikan Program Rondaan Cegah Jenayah di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kertas siasatan kes 1MDB dijangka akan selesai pada Mac depan sebelum diserahkan kepada pejabat peguam negara.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Menurutnya, pihaknya kini dalam usaha melengkapkan semua kertas siasatan kes 1MDB.

“Siasatan berhubung 1MDB masih dijalankan dan kita jangkakan siasatan itu akan selesai pada Mac ini," katanya dalam sidang media selepas Program Rondaan Cegah Jenayah di Berjaya Times Square, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai serbuan yang dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di firma guaman Rahmat Lim & Partners dipercayai bagi mencari dokumen yang dikaitkan dengan 1MDB, Mohamad Fuzi menegaskan perkara tersebut bukannya sesuatu yang ganjil asalkan ia mengikut lunas undang-undang.

"Siasatan tetap dijalankan dan sekiranya ada serbuan dibuat itu adalah untuk membantu siasatan kita,” ujarnya.

Terdahulu, Pemangku Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan serbuan sebuah firma guaman itu pada pukul 10 pagi, hari ini.

Difahamkan, serbuan itu bagi mencari dokumen berkaitan tiga bon 1MDB yang dikendalikan oleh Goldman Sachs selepas mereka memperoleh perintah mahkamah untuk berbuat demikian.

Artikel Berkaitan:

Rahmat Lim & Partners dilaporkan firma guaman yang mewakili gergasi perbankan pelaburan AS itu semasa terbitan bon 1MDB pada tahun 2012 dan 2013 berjumlah AS $ 6.5 bilion.