X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 28 Mei 2022

OIC minta jemaah haji patuhi penjarakan sosial

Jemaah haji diminta mematuhi prosedur kesihatan yang dilaksanakan pihak berkuasa di Arab Saudi untuk melindungi mereka, anggota keluarga dan jemaah lain. - Foto hiasan 123RF
A
A

JEDDAH - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) meminta jemaah haji tahun ini memberi komitmen untuk mengamalkan penjarakan sosial demi menjaga kesihatan semua pihak, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Setiausaha Agung OIC, Dr Yousef Al-Othaimeen meminta jemaah haji mematuhi prosedur kesihatan yang dilaksanakan pihak berkuasa di Arab Saudi untuk melindungi mereka, anggota keluarga dan jemaah lain.

Beliau turut menasihatkan semua jemaah agar memanfaatkan perkhidmatan kesihatan dan peraturan yang disediakan kerajaan Arab Saudi.

Dr Al-Othaimeen menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi yang dipimpin Raja Salman Abdulaziz Al Saud dan Putera Mahkota atas kesungguhan untuk melaksanakan ibadah haji tahun ini meskipun pandemik koronavirus (Covid-19) sedang melanda. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!