X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19 terus serang kem Kuching FA

Barisan pemain Kuching FA menjalani sesi latihan baru-baru ini.
A
A

STATUS Kuching FA dalam mengharungi baki saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang dijangka bermula 26 Ogos depan terus menimbulkan persoalan apabila empat lagi pemain kelab Liga Premier itu disahkan positif Covid-19.

Menurut Setiausaha Kuching FA, Iswandi Ali Hassan, empat pemain terbabit disahkan positif Covid-19 hasil keputusan ujian calitan pertama yang dilakukan pada 25 Julai lalu, sekali gus menjadikan kesemua lima pemain positif Covid-19.

"Tiga pemain skuad senior dan seorang pemain skuad Piala Presiden yang mengikuti latihan bersama skuad utama Kuching FA disahkan positif Covid-19.

"Kami menjangkakan kemungkinan ada lagi penambahan kes kerana keputusan penuh hasil ujian masih belum lagi kami peroleh. Swap test kedua untuk semua pemain akan bermula pada 4 hingga 6 Ogos depan," katanya kepada Sinar Harian.

Pada masa sama, Iswandi Ali tidak menolak kemungkinan Kuching FA akan menarik diri daripada beraksi musim ini sekiranya mendapat arahan daripada Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Jumaat lalu, seorang pemain Kuching FA disahkan positif Covid-19 dan diklasifikasikan daripada kluster Hospital Sentosa. Difahamkan, pemain terbabit merupakan kakitangan Hospital Sentosa.

Kuching FA muncul naib juara dalam saingan Liga M3 pada 2018 dan kini beraksi dalam Liga Premier 2020.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!