X

Kindly register in order to view this article
!

Sila datang buat laporan

A
A

PEMAIN, jurulatih atau pegawai pasukan Liga Malaysia (Liga-M) yang berdepan dengan isu tunggakan gaji perlu menghantar laporan rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi membolehkan tindakan susulan diambil badan induk itu.

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam, laporan rasmi itu secara tidak langsung memudahkan pihaknya mengambil tindakan seterusnya menyelesaikan isu berkenaan lebih bersistematik.

“Dalam isu tunggakan gaji melibatkan pasukan Kedah ketika ini hanya berlegar dalam media sosial dan media massa, namun setakat ini tiada sebarang aduan secara rasmi dibuat atau dihantar kepada pihak FAM.

“FAM mengambil pendekatan akan menyiasat sekiranya menerima aduan rasmi daripada pemain, jurulatih atau pegawai pasukan Kedah berhubung tunggakan gaji dihadapi oleh mereka.

“Seperti mana yang saya tegaskan sebelum ini, laporan rasmi ini penting bagi membolehkan FAM mengambil langkah susulan bagi menyelesaikan perkara ini dalam kalangan pihak yang terlibat.

“Perkara ini tidak dapat diselesaikan jika hanya diluahkan di media sosial atau media massa, sebaliknya akan mengeruhkan lagi keadaan dengan komen-komen negatif,” katanya kepada Sinar Harian.

Pada masa sama, Stuart memberitahu, FAM juga akan mendengar aduan dan maklum balas daripada kedua-dua belah pihak bagi memastikan isu tersebut dapat diselesaikan secara ‘menang-menang’.

Stuart berkata, jika isu tunggakan gaji dapat diselesaikan secara ‘menang-menang’, ia secara tidak langsung akan memastikan kestabilan ekosistem industri bola sepak negara.

“Secara belakang tabir sememangnya FAM berhubung dengan KFA bagi menyelesaikan isu ini di peringkat domestik, namun FAM masih menunggu maklum balas mengenai perkara ini daripada badan induk bola sepak negeri Kedah itu.

“Jadi sekali lagi saya tegaskan kepada pemain, jurulatih atau pegawai pasukan yang berdepan dengan isu tunggakan gaji, sila datang buat laporan di FAM,” ujarnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!