Sugu Pavithra kembali dengan dalca tulang kambing

Youtuber sensasi, Sugu Pavithra kembali beraksi dengan video baharu yang dimuat naik dalam akaun YouTube miliknya hari ini. Video pertama yang dimuat naik Sugu Pavithra hari ini selepas semua videonya dipadam minggu lalu.
Youtuber sensasi, Sugu Pavithra kembali beraksi dengan video baharu yang dimuat naik dalam akaun YouTube miliknya hari ini. Video pertama yang dimuat naik Sugu Pavithra hari ini selepas semua videonya dipadam minggu lalu.
A
A
A

IPOH - Youtuber sensasi, Sugu Pavithra kembali beraksi dengan video baharu yang dimuat naik dalam akaun YouTube miliknya hari ini.

Video berdurasi 6 minit 15 itu sudah meraih lebih 33,000 tontonan setelah lebih sejam dimuat naik.

Selain itu, video tersebut turut menerima lebih 1,500 ulasan yang kebanyakannya bertanya mengenai keadaan terkini Pavithra.

Terdapat juga pengikut saluran YouTube tersebut yang memberi sokongan moral kepada Pavithra dengan memberikan kata-kata semangat kepadanya.

Sehingga kini saluran YouTube Sugu Pavithra itu mendapat lebih 788,000 langganan.

Pada 25 Ogos lalu, semua video masakan dan aktiviti pasangan suami isteri, S Pavithra dan M Sugu di saluran YouTube 'Sugu Pavithra' telah dipadam.

ARTIKEL BERKAITAN Sugu Pavithra tak mahu ada kaitan lagi dengan YouTube

Sebelum ini terdapat 98 video masakan serta aktiviti telah dikongsi dan diikuti lebih 785,000 pelayar.

Video terakhir mereka ialah percutian bersama keluarga di taman tema air popular dan menginap di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan:

Video berkenaan dimuat naik minggu lalu dan berjaya meraih lebih 281,980 tontonan.

Pasangan itu mula mencipta saluran Sugu Pavithra sejak 28 Januari lepas dan perkongsian video masakan mereka telah memperolehi lebih 34 juta tontonan.

Pada Mei lalu, pasangan ini menerima gaji sulung sebagai YouTuber selepas menjadi rakan YouTube (YouTube Partner).

Pada pertengahan Julai pula, pasangan ini menerima anugerah 'Silver Play Button’ daripada YouTube.

Lebih membanggakan perkongsian video masakan mereka turut mendapat ucapan tahniah daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama beberapa hadiah termasuk tripod yang menjadi perangsang untuk pasangan berkenaan terus berkongsi video memasak.