6 produk EC bantu penjagaan rumah cara selamat, sihat

Produk penjagaan rumah dan racun serangga keluaran Earth Corporation Jepun (EC).
Produk penjagaan rumah dan racun serangga keluaran Earth Corporation Jepun (EC).
A
A
A

KEBIMBANGAN terhadap pandemik dan penyakit yang disebabkan oleh serangga seperti denggi, meningkatkan permintaan terhadap produk penjagaan berkaitan.

Justeru, peneraju global dalam produk penjagaan rumah dan racun serangga, Earth Corporation Jepun (EC) tidak ketinggalan memperkenalkan produk bertaraf dunianya di Malaysia.

Pengarah Urusan Earth Home Products (Malaysia) Sdn Bhd, syarikat subsidiari milik EC, Nobuhito Hosaka berkata, sebagai permulaan pihaknya memperkenalkan enam produk penjagaan rumah dan kawalan serangga di Malaysia.

No Image Caption

“Kebanyakan produk ini terlaris di Jepun dan di negara-negara di mana produk EC dipasarkan. Salah satu yang terunggul adalah penyembur penyahbau fabrik bebas alkohol yang dihasilkan menggunakan pati minyak, yang menghilangkan lebih 99 peratus bakteria, virus dan menghalau tungau.

“Produk ini membantu menjadikan persekitaran rumah lebih selamat dan sihat. Harganya juga berpatutan. Kami yakin produk ini akan disambut baik di Malaysia,“ katanya dalam kenyataan media baru-baru ini.

EC yang ditubuhkan sejak 128 tahun lalu pada tahun 1892 merupakan peneraju pengeluar produk penjagaan rumah dan kawalan serangga perosak, penghalau serangga, penjagaan mulut, bahan tambahan mandian, penyegar udara dan penyahbau serta alatan berkebun dan produk haiwan peliharaan.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Enam produknya yang kini dijual di pasar raya utama di Malaysia dipasarkan di bawah beberapa jenama yang berbeza.

1. Penyembur Fabrik NATUCAIR - Terdapat dalam tiga varian - Relaxing Purple, Sparkling Yellow dan Pink Blossom.

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM12.90

2. Gel Penyegar Udara dan Penghalau Nyamuk NATUCAIR - Terdapat dalam 3 varian – Relaxing Purple, Lively Green dan Pink Blossom. RRP: RM13.90

3. ARS Hoy Hoy Trap-A-Roach - Perangkap lipas No 1 di Jepun dengan umpan penarik bebas racun. Ia direka khas sesuai dengan tabiat lipas dan menyembunyikan pandangan lipas yang terperangkap pada gam. RRP: RM5.60

4. Umpan Lipas Semula Jadi ARS White Cap - Ia berupaya menghilangkan keseluruhan sarang lipas dan berkesan sehingga enam bulan. RRP: RM11.90

5. Perangkap Tikus Bergam ARS - Perangkap tikus bergam terlaris di Thailand! Gam yang sangat kuat dan bebas bau. Termasuk alas plastik kalis air tahan lama dalam dua saiz (satu alas besar dan dua alas kecil) RRP: RM10.90

6. Penyembur Pembersih Penyaman Udara EARTH - Ringkas, mudah digunakan. Mempunyai muncung pemicu jet membantu mengurangkan pertumbuhan kulat dan kulapuk di antara bilah penyejuk. Ia menghilangkan bakteria dan menyahbau dengan wangian ekstrak daun teh hijau. RRP: RM24.90