X

Kindly register in order to view this article
!

RM3.06 bilion diperuntukkan naik taraf sekolah

Mohd Radzi Md Jidin
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM3.06 bilion bagi projek menaik taraf dan pembangunan semula 773 sekolah daif di seluruh negara.

Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM1.25 bilion diperuntukkan bagi kerja naik taraf dan pembangunan semula bangunan daif di 237 sekolah di Sabah.

Menurutnya, kesemua peruntukan menerusi Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) itu membabitkan naik taraf semula kelas, asrama, bangunan pentadbiran dan lain-lain.

"Sebanyak RM630.7 juta sudah disalurkan bagi membiayai projek naik taraf dan pembangunan semula antara 2017 hingga tahun lalu manakala sebanyak RM621.2 juta diperuntukkan bagi tujuan sama tahun ini.

"Sebanyak 150 projek siap sepenuhnya dengan 129 daripadanya sudah dikeluarkan 'Certificate of Practical Compliance' (CPC) atau 'Certificate of Partial Occupation' (CPO) manakala 21 lagi dalam proses mendapatkan CPO," katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahmad Hassan (Warisan-Papar) pada sesi pertanyaan lisan.

Katanya, baki tiga projek masih dalam pembinaan, manakala 19 lagi dalam proses perolehan dan 65 di fasa pra bina berdasarkan status pelaksanaan projek di Sabah sehingga 20 Julai lalu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!