'Masih ada pemandu mabuk'

Antara individu yang diperiksa dalam Op Alkohol dan Pencegahan Jenayah selama dua hari bermula Jumaat lalu di sekitar Petaling Jaya.
Antara individu yang diperiksa dalam Op Alkohol dan Pencegahan Jenayah selama dua hari bermula Jumaat lalu di sekitar Petaling Jaya.
A
A
A

PETALING JAYA - Kedegilan empat lelaki memandu kenderaan dalam keadaan mabuk mengundang padah apabila ditahan polis dalam operasi Op Alkohol dan Pencegahan Jenayah selama dua hari bermula Jumaat lalu di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pemandu itu ditahan hasil pemeriksaan ke atas 755 pengguna jalan raya dalam operasi bermula jam 11 malam.

"Hasil pemeriksaan mendapati empat lelaki berusia 37 hingga 59 tahun itu memandu di bawah pengaruh alkohol.

"Kesemua mereka yang ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 45(A)1 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi itu dilaksanakan bagi membanteras dan mencegah pengguna jalan raya yang memandu di bawah pengaruh alkohol yang boleh membahayakan keselamatan orang lain.

Katanya, menerusi operasi itu juga, sebanyak 48 saman telah dikeluarkan yang mana 17 daripadanya adalah kesalahan tidak memiliki lesen.

"Kesalahan tidak mempunyai lesen memandu adalah kesalahan berat yang mana menghendaki pesalah untuk hadir ke mahkamah bagi proses perbicaraan. Jika sabit salah, individu yang disaman boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih tiga bulan atau kedua-duanya," katanya.

- end

Artikel Berkaitan: