UMNO Johor sedia untuk PRN, PRU15

Nur Jazlan memakaikan pelitup mulut kepada seorang peniaga dalam Program Mesra Rakyat Bazar Karat Johor Bahru di Jalan Segget, Johor Bahru, malam tadi.
Nur Jazlan memakaikan pelitup mulut kepada seorang peniaga dalam Program Mesra Rakyat Bazar Karat Johor Bahru di Jalan Segget, Johor Bahru, malam tadi.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pilihan Raya Negeri (PRN) merupakan penyelesaian terbaik jika Pakatan Harapan (PH) terus mengganggu kerajaan Perikatan Nasional (PN) di negeri ini.

Justeru, UMNO Johor bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya parti komponen PH terus 'buat hal'.

"Kita sudah bersedia menyahut cabaran pilihan raya," ujar Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed mengulas mengenai cadangan supaya PRN dan bukan PRU-15 bagi menyelesaikan kemelut politik di Johor," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Program Mesra Rakyat Bazar Karat Johor Bahru di Jalan Segget di sini malam tadi.

Turut hadir ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Zon Bandar, Suhaimi Ahmad dan Pengerusi Persatuan Pembangunan dan Kebajikan Bazar Karat Johor Bahru, Fuad Rahmat.

Katanya, jentera UMNO Johor sudah bersedia di semua peringkat untuk menghadapi PRN atau PRU15 sejak lebih dua bulan lalu.

Jelasnya, perbincangan juga sudah diadakan di peringkat negeri antara UMNO dan Pas supaya gerak kerja dan langkah diambil nanti senada.

Esok kata beliau, mesyuarat Muafakat Nasional negeri akan berlangsung untuk membincangkan beberapa perkara berkenaan PRN atau PRU15 tetapi tidak melibatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Artikel Berkaitan:

"Bersatu dah rasa dia kuat dan tidak perlu bergabung dengan siapa-siapa. Kita yang kena gabung dengan dia," ujarnya secara berseloroh.