Guan Eng sekali lagi hadir di SPRM

Lim Guan Eng bersama peguamnya, Rayer hadir ke Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.
Lim Guan Eng bersama peguamnya, Rayer hadir ke Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sekali lagi hadir untuk menyambung memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini.

Beliau yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dipanggil SPRM untuk rakaman percakapan dipercayai berkaitan siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Guan Eng tiba kira-kira jam 12.40 tengah hari ditemani Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer.

Guan Eng sepatutnya memberi keterangan pada jam 10 pagi namun beliau lewat tiba ke SPRM kerana tayar kenderaan yang dinaikinya pancit berhampiran Ipoh, Perak.

Dalam kenyataan Rayer yang juga peguam memaklumkan Guan Eng telah hadir ke SPRM pada Rabu lalu sebagai saksi bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Terowong dasar laut: Guan Eng hadir beri keterangan kepada SPRM

Guan Eng tinggalkan SPRM selepas enam jam

Terdahulu, SPRM menahan seorang bekas pegawai Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan tiga syarikat diserbu kerana dipercayai ada kaitan dengan projek berkenaan.

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan beberapa individu dilaporkan turut memberi keterangan kepada SPRM berhubung projek mega berkenaan yang membabitkan anggaran kos keseluruhan RM6.3 bilion.

Kes itu disiasat oleh SPRM sejak tahun 2017.

Artikel Berkaitan: