Raja Arab Saudi berjaya jalani pembedahan hempedu

Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud kini berehat selepas menjalani pembedahan hempedu di Hospital Raja Faisal di Riyadh. - Foto AFP
Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud kini berehat selepas menjalani pembedahan hempedu di Hospital Raja Faisal di Riyadh. - Foto AFP
A
A
A

RIYADH - Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud yang berusia 84 tahun berjaya menjalani pembedahan untuk membuang hempedu, tiga hari selepas dimasukkan ke hospital, menurut pihak istana.

Baginda merupakan pemerintah diraja kedua di rantau Teluk yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini selepas Emir Kuwait, Sheikh Sabah al-Ahmad Al-Sabah ketika krisis pandemik koronavirus (Covid-19) dan kemerosotan harga minyak.

Raja Salman menjalani pembedahan laparoscopic untuk memindahkan hempedu pada Khamis lalu di Hospital Raja Faisal di Riyadh, kata pihak istana Arab Saudi dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh Saudi Press Agency (SPA).

Raja Salman akan kekal di hospital buat sementara waktu selepas pembedahan itu berjaya, kata kenyataan tersebut.

Arab Saudi jarang mendedahkan laporan perubatan baginda yang sudah berusia dan memerintah ekonomi terbesar negara Arab serta pengeluar minyak itu sejak tahun 2015.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sudah menghubungi Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman menerusi panggilan telefon pada Khamis lalu dan diberikan perkembangan terkini tentang maklumat kesihatan baginda. - AFP

Artikel Berkaitan: