Siasatan rakaman 'audio PM' diserah ke Jabatan Peguam Negara

Datuk Seri Azam Baki
Datuk Seri Azam Baki
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerahkan kertas siasatan kes rakaman audio didakwa mengandungi suara Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Jabatan Peguam Negara.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, siasatan kes berkenaan telah selesai.

“Siasatan tertumpu pertama daripada segi kesahihan audio berkenaan, kedua adakah apa yang dicakapkan itu merupakan satu kesalahan atau sebaliknya,” katanya pada sidang akhbar selepas beliau melancarkan buku 'Modul Integriti dan Rasuah' terbitan SPRM, di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan rakaman tersebut tular di media sosial Februari lepas sebelum Muhyiddin menjadi Perdana Menteri.

Rakaman itu didakwa berkisar mengenai usaha menarik pemimpin politik tertentu menyertai parti politik tertentu kononnya dengan tawaran beberapa habuan. - Bernama

Artikel Berkaitan: