Trump tunjuk taring, Pejabat Konsul China di Houston diarah tutup

Beberapa orang berada di Pejabat Konsul China di Houston yang diarahkan ditutup pada Rabu lalu. - Foto AFP
Beberapa orang berada di Pejabat Konsul China di Houston yang diarahkan ditutup pada Rabu lalu. - Foto AFP
A
A
A

HOUSTON - Hubungan Amerika Syarikat (AS) dengan China yang tegang berhubung pandemik koronavirus (Covid-19) dan tindakan keras Beijing ke atas Hong Kong sekali lagi merosot apabila Washington pada Rabu lalu mengarahkan Pejabat Konsul China di Houston ditutup dalam tempoh 72 jam.

China menyelar langkah itu yang dilaksanakan sehari selepas mendedahkan pendakwaan AS terhadap dua rakyat China kerana dituduh menggodam ratusan syarikat di seluruh dunia dan berusaha mencuri penyelidikan tentang vaksin Covid-19.

Presiden AS, Donald Trump mengancam mahu menutup lebih banyak pejabat konsul China di negara tersebut.

Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo berkata, pendakwaan ke atas rakyat China kerana melakukan penggodaman komputer itu tidak dinyatakan dengan jelas sebagai alasan penutupan pejabat tersebut.

Penutupan pejabat tersebut di salah sebuah bandar raya terbesar AS menandakan berlakunya peningkatan dramatik ketegangan antara dua buah negara utama ekonomi itu.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Morgan Ortagus berkata, pejabat itu diarah ditutup adalah untuk melindungi harta intelek dan maklumat peribadi AS.

Menurut jabatan tersebut, China telah terlibat dalam kegiatan pengintipan secara besar-besaran dan mempengaruhi operasi di AS selama bertahun-tahun.

"Aktiviti ini telah meningkat dalam skop dan skala bagi tempoh beberapa tahun," kata satu kenyataan jabatan tersebut. - AFP

Artikel Berkaitan: