Ir Mohamad Zulkefly dilantik Ketua Pengarah Kerja Raya baharu

Mohd Zuki (kiri) menyerahkan watikah pelantikan Ir Mohamad Zulkefly sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya baharu hari ini.
Mohd Zuki (kiri) menyerahkan watikah pelantikan Ir Mohamad Zulkefly sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya baharu hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), Datuk Ir Mohamad Zulkefly Sulaiman dilantik sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya berkuat kuasa esok.

Pengumuman pelantikan Ir Mohamad Zulkefly, 58, itu dibuat Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Zuki berkata, Ir Mohamad Zulkefly yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Pengurusan Aset dan Fasiliti dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 35 tahun dengan jawatan pertama sebagai jurutera di Jabatan Kerja Raya (JKR) pada 16 Ogos 1985.

Menurutnya, Ir Mohamad Zulkefly juga berpengalaman luas dalam bidang pengurusan projek pembangunan, rekabentuk, pengurusan aset, khidmat nasihat teknikal, pengurusan awam dan pengurusan nilai.

"Beliau berpengalaman luas dalam bidang pengurusan projek pembangunan, rekabentuk, pengurusan aset, khidmat nasihat teknikal dan pengurusan awam serta pengurusan nilai termasuk pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) dan berkhidmat di JKR Negeri Terengganu, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

"Semoga dengan pelantikan ini, beliau akan melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya dalam memastikan infrastruktur dan persekitaran yang lebih baik bagi kehidupan seharian dan sekali gus menjadi agensi teknikal yang unggul bertaraf dunia," katanya.

Ir Mohamad Zulkefly menjawat jawatan baharu itu bagi menggantikan bekas penyandangnya, Ir Kamaluddin Abdul Rashid yang bersara wajib pada 11 April lalu.

Artikel Berkaitan: