Wahai Kit Siang Orang Asli sudah warganegara penuh Malaysia, sindir Najib

Kenyataan Najib menyindir Kit Siang di Facebook.
Kenyataan Najib menyindir Kit Siang di Facebook.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berseloroh menyatakan veteran DAP, Lim Kit Siang terus membuat beliau terhibur dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan.

Katanya, kenyataan terbaharu Kit Siang pada sebelah pagi tadi yang berjanji akan mewujudkan blueprint supaya Orang Asli boleh menjadi warganegara penuh jika PH menang di Cameron Highlands.

Menurutnya, Kit Siang perlu sedar masyarakat Orang Asli memang sudah warganegara penuh Malaysia.

"Oleh itu, calon BN ialah Orang Asli anak tempatan.

"Kalau masih tidak puas hati, Kit Siang perlu membuat laporan kepada SPR bahawa BN telah letak seorang bukan warganegara Malaysia sebagai calon Ahli Parlimen kita," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Kit Siang hari ini berjanji mengadakan perbincangan dengan wakil Orang Asli untuk mendraf blueprint bagi hak kamuniti tersebut jika PH memenangi PRK Cameron Highlands.

Katanya, beliau terkejut kekurangan infrastruktur seperti rangkaiam jalan raya, bekalan air bersih, elektrik, pendidikan, kesihatan dan perubatan bagi Orang Asli selepas bermalam di Kampung Dayuk, Pos Lenjang.

Mengulas lanjut, Najib berkata, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu perlu sedar PH kini telah menjadi kerajaan negara dan blueprint boleh dilakukan tanpa halangan.

Artikel Berkaitan:

"Nak buat yellowprint, redprint atau greenprint pun boleh. Kalau PH benar-benar ikhlas untuk menghasilkan blueprint untuk Orang Asli, mereka patut buat sebelum PRK ini dan juga patut buat tanpa mengambil kira PH menang PRK atau tidak.

"Ataupun MenHEN (menteri hal ehwal Najib) ini sedang ugut Orang Asli bahawa PH tidak akan menjaga kaum tersebut dan orang asli tidak akan lagi bertaraf warganegara penuh jika PH kalah PRK?" soalnya.