Terowong dasar laut: Guan Eng hadir beri keterangan kepada SPRM

Lim Guan Eng
Lim Guan Eng
A
A
A

PUTRAJAYA - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tiba di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipanggil memberi keterangan berhubung skandal projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang yang bernilai RM6.3 bilion.

Beliau tiba jam 1.05 petang bersama Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer.

Pada 7 Julai lalu Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow hadir ke SPRM Pulau Pinang untuk memberi keterangan bagi projek berkenaan.

Pada 3 Julai, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya dalam fasa akhir menyiapkan terhadap siasatan projek itu.

Katanya, kertas siasatan dijangka lengkap dalam tempoh dua ke tiga minggu lagi, sebelum diserahkan kepada timbalan pendakwa raya tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan: