X

Kindly register in order to view this article
!

Arab Saudi umum ibadat haji bermula 29 Julai ini

Gambar fail menunjukkan sejumlah kecil umat Islam bersolat di depan Kaabah, Arab Saudi pada 23 Jun 2020. - Foto AFP
A
A

RIYADH - Ibadat haji tahun ini yang bilangan umat Islam mengerjakannya dikurangkan kepada hanya kira-kira 1,000 orang ketika Arab Saudi berusaha menangani wabak koronavirus (Covid-19) akan bermula pada 29 Julai ini, kata pihak berkuasa pada Isnin.

Pada kebiasaannya, kira-kira 2.5 juta umat Islam di seluruh dunia mengerjakan ibadat haji yang mengambil masa beberapa hari dan tertumpu di kota Makkah.

Namun, musim haji tahun ini berada dalam kawalan protokol kebersihan ketat dengan akses terhad kepada jemaah yang berumur 65 tahun dan tanpa sebarang penyakit.

"Perhimpunan di Padang Arafah iaitu kemuncak ibadat haji jatuh pada Khamis," kata Saudi Press Agency (SPA) yang memetik Mahkamah Tertinggi negara itu.

Bulan lalu, Arab Saudi mengumumkan ia akan melaksanakan ibadat haji melibatkan jumlah umat Islam yang amat terhad berikutan Covid-19.

Negara beraja itu telah menyaksikan 253,349 kes Covid-19 termasuk 2,523 kematian iaitu yang tertinggi dalam kalangan negara-negara di rantau Teluk.

Walaupun beberapa pegawai haji berkata bilangan jemaah akan dihadkan kepada 1,000 orang, 70 peratus daripada mereka ialah warga asing dan bakinya rakyat Arab Saudi.

Beberapa akhbar melaporkan kemungkinan 10,000 umat islam akan mengambil bahagian. - AFP


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!