Mustafa sah sarung jersi Kelantan

Mustafa menandatangani kontrak setahun bersama Kelantan FA.
A
A

PEMAIN kelahiran Afghanistan, Mustafa Zazai sah menyarung jersi Kelantan selepas menandatangani kontrak setahun bersama pasukan Kelantan FA.

Persatuan Bolasepak Kelantan mengikat pemain tengah skuad kebangsaan Afghanistan pada 2014 itu, bagi mengharungi Liga Malaysia musim ini.

Pemuda berusia 26 tahun itu mempunyai pengalaman luas beraksi di Eropah dengan pasukan dalam Liga German antaranya VFB Lubeck, FC St Pauli, TSG Neustrelitz dan Luneburger SK Hansa.

Kelab terakhirnya sebelum menjejakkan kaki ke Kota Bharu ialah Phrae United (Thailand) pada musim 2018.

Ini pastinya memberi sinar baharu kepada penyokong The Red Warriors untuk melihat pasukan Kelantan FA mengharungi saingan Liga Malaysia terutama Liga Premier kali ini.