Mural diconteng: Apa kesalahan pemimpin negara?

Ir Khairil Nizam Khirudin
Ir Khairil Nizam Khirudin
A
A
A

SHAH ALAM - Pemuda Pas mempersoal apa kesalahan beberapa pemimpin negara sehingga mural gergasi potret mereka di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 diconteng dengan perkataan kurang menyenangkan.

Ketuanya, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, budaya vandalisme bukanlah jalan penyelesaian bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara termasuk dalam spektrum politik.

"Seakan baru saja kelmarin mural ini tular, semalam diconteng dan hari ini sudahpun dipadam.

"Apakah salah insan-insan yang telah banyak berkorban masa dan tenaga untuk membebaskan Malaysia dari pandemik koronavirus (Covid-19).

"Jikalau tidak bersetuju dengan spektrum politik, tidak perlu sehingga melakukan vandalisme," katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menyifatkan perbuatan itu bukan sahaja tidak beretika tetapi juga salah dari segi undang-undang.

"Niat murni, semangat patriotik pelukis dan hasil seni lukisan mural ini juga tidak patut dilakukan sebegitu rupa.

"Saya berasa sedih dan kecewa. Ia salah dari segi undang-undang dan tidak beretika. Masih jauh perjalanan untuk #CreateBetterMalaysia," katanya.

Artikel Berkaitan: