Pengintip pasukan bersenjata Iran jalani hukuman mati

Mahmoud Mousavi Majd
Mahmoud Mousavi Majd
A
A
A

TEHRAN - Mahmoud Mousavi Majd yang didapati bersalah menjadi pengintip untuk Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS) dan menyalur maklumat mengenai pergerakan komander tentera, Qasem Soleimani menjalani hukuman mati pada Isnin pagi, lapor agensi berita Sputnik.

Memetik agensi berita Iran Tasnim, Majd juga dituduh menjadi pengintip untuk perisik Israel Mossad.

Siasatan terhadap Majd dilancarkan sebelum pembunuhan Soleimani oleh tentera AS dan didapati tidak mempunyai kaitan.

Pada 3 Januari, serangan udara di pinggir Baghdad, dipercayai atas arahan Presiden Donald Trump menyebabkan Soleimani, seorang tokoh tentera terkemuka di Iran dan beberapa anggota lain dari Kor Pengawal Revolusi Iran terbunuh.

Pembunuhan itu mendorong Tehran menyerang pangkalan tentera AS di Iraq. Pada hari sama, tentera Iran tidak sengaja menembak jatuh pesawat penumpang Ukraine, yang mengorbankan 176 nyawa. - Bernama

Artikel Berkaitan: