Pemuda Umno Pasir Puteh semarak kempen PRK

Pemuda Umno Pasir Puteh berkampung di Bukit Kota, Dun Jelai, Cameron Hihglands.
Pemuda Umno Pasir Puteh berkampung di Bukit Kota, Dun Jelai, Cameron Hihglands.
A
A
A

PASIR PUTEH - Pemuda Umno Pasir Puteh menyemarakkan kempen PRK Cameron Highlands Denman berkampung di Pusat Daerah Mengundi Bukit Kota di Dun Jelai.

Ketuanya, Muhammad Saifullah Ali berkata, Pemuda Umno membantu dengan menziarahi rumah penduduk sebagai usaha menarik perhatian pengundi untuk memberi kepercayaan kepada calon BN dan mengekalkan penguasaan parlimen tersebut.

“Maklum balas yang kami terima setakat ini amat baik dan saya yakin BN mampu mempertahankan kerusi parlimen ini.

“Saya juga berterima kasih kepada barisan Pemuda Umno Pasir Puteh yang menunjukkan komitmen tinggi dalam berkempen,” katanya.

Menurutnya, walaupun BN sebagai penyandang, cabaran tetap ada kerana lawan adalah pemerintah semasa dan sebagai parti yang memerintah kekuatan PRK tidak dinafikan.

“Tapi rakyat boleh melihat sendiri kecelaruan dalam PH walaupun cuba disembunyikan pemimpin tertinggi dengan mengatakan hubungan parti komponen tidak terjejas.

“Kita hanya perlu mengingatkan rakyat mengenai kedudukan sebenar kerajaan hari ini supaya mereka tidak salah salam membuat pilihan,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Artikel Berkaitan: