Kanak-kanak pandu kereta mainan di jalan raya

Sebuah kereta mainan dipandu seorang kanak-kanak lelaki bergerak di sebuah persimpangan jalan raya utama di Hebei, China pada Ahad lalu. - Foto Polis Hebei/Weibo
Sebuah kereta mainan dipandu seorang kanak-kanak lelaki bergerak di sebuah persimpangan jalan raya utama di Hebei, China pada Ahad lalu. - Foto Polis Hebei/Weibo
A
A
A

BEIJING - Seorang kanak-kanak lelaki dirakamkan memandu sebuah kereta mainan kecil yang turut dinaiki seorang kanak-kanak perempuan di sebuah persimpangan jalan raya dipenuhi dengan kenderaan di utara China baru-baru ini.

Imej rakaman kamera televisyen litar tertutup menunjukkan dua kanak-kanak itu saling duduk sebelah-menyebelah di dalam kereta mainan tersebut di wilayah Hebei pada Ahad lalu, lapor akhbar Daily Mail pada 16 Julai lepas.

Menurut polis tempatan, kanak-kanak lelaki itu dilihat bercakap dengan kanak-kanak perempuan tersebut ketika dia memandu kereta mainan.

Kedua-dua kanak-kanak itu tidak cedera ketika mereka menaiki kereta tersebut melintasi sebuah persimpangan yang dilalui banyak kenderaan.

Bagaimanapun, seorang wanita berjaya mendekati mereka sekali gus menghentikan kereta mainan tersebut daripada terus bergerak di jalan raya.

Beberapa anggota polis kemudian turut menghulurkan bantuan.

Pihak polis kemudian menghubungi ibu bapa kanak-kanak tersebut yang kemudian membawa mereka pulang ke rumah.

Kanak-kanak itu dipercayai bermain dengan kereta mainan tersebut di sebuah kawasan perumahan sebelum memasuki sebatang jalan raya utama. - Agensi

Artikel Berkaitan: