Phahrolrazi dilantik Pengerusi AJP Nafas baharu

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub (kiri) menyaksikan Dr Ir. Phahrolrazi Mohd Zawawi (kanan) membaca lafaz ikrar selepas dilantik sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) pada Majlis Menandatangani Surat Aku Janji Ahli Jemaah Pengarah NAFAS 2019, hari ini. - Foto Bernama
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub (kiri) menyaksikan Dr Ir. Phahrolrazi Mohd Zawawi (kanan) membaca lafaz ikrar selepas dilantik sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) pada Majlis Menandatangani Surat Aku Janji Ahli Jemaah Pengarah NAFAS 2019, hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PETALING JAYA - Timbalan Pengerusi Amanah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi, 66, dilantik sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) yang baharu berkuatkuasa hari ini.

Pengumuman tersebut dibuat dalam satu majlis yang turut dihadiri oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub.

Menurut Sallehuddin, pelantikan barisan kepimpinan pengurusan yang baharu itu dibuat setelah tempoh penggantungan Perlembagaan Nafas tamat pada 15 Januari lalu.

"Dalam tempoh penggantungan selama enam bulan, pengurusan Nafas telah distruktur semula bagi memastikan peranannya sebagai induk Pertubuhan Peladang dapat dilaksanakan dengan lebih efisien.

"Kerajaan bersikap proaktif dan positif terhadap Nafas bagi memastikan ia kembali kepada fungsi asal bagi memajukan kepentingan ekonomi, sosial dan kebajikan ahlinya," katanya ketika sidang media hari ini.

Difahamkan, majlis berkenaan turut mengumumkan lima AJP Nafas lantikan menteri di mana tiga daripadanya merupakan pemimpin Parti Amanah dan PKR.

Mereka yang dipilih adalah Pengerusi Amanah Perlis, Wan Kharizal Wan Khazim; Adun Apam Putra, Mohd Hisyamuddin Ghazali; Adun Mahkota, Muhamad Said Jonit; Ketua Cabang PKR Shah Alam, Dr Yaakob Sapari dan Normah Yusof.

Selain itu, lima AJP yang juga calon simpanan daripada pemilihan AJP Nafas 2016 turut diumumkan terdiri daripada Pemangku Ketua Umno Jeli, Datuk Abdul Aziz Derashid; Bekas Ketua Umno Selayang, Datuk Ahmad Bhari Abd Rahman; Datuk Tengku Aziz Tengku Jaafar; Abdul Kalam Hassan dan Ishak Taib.

Artikel Berkaitan:

Dengan pelantikan saf kepimpinan baharu itu, Selehuddin berkata pihaknya berharap dapat melahirkan lebih ramai pemimpin berintegriti bagi menjamin keperluan golongan sasar.