Jimat kos: TLDM utamakan aset perlu selenggara segera

Reza Mohd Sany
Reza Mohd Sany
A
A
A

SANDAKAN - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan mengutamakan aset yang perlu diselenggarakan segera, khususnya untuk operasi di perairan negara, sebagai langkah penjimatan kos peruntukan.

Panglima Tentera Laut Laksamana, Datuk Mohammad Reza Mohd Sany berkata, langkah itu sebagai satu langkah berhemat menggunakan peruntukan kerajaan, yang sedang dibebani dengan hutang negara.

“Kerajaan baharu sekarang ini menghadapi bebanan hutang. Jadi, peruntukan adalah terhad.

“Untuk itu, kita perlu mengatur balik keperluan kita dengan peruntukan yang ada,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis ramah mesra Panglima Tentera Laut dengan warga TLDM Sandakan di sini hari ini.

Mohammad Reza turut memberitahu Sabah dijangka menerima dua kapal misi pesisir (LMS) secara berperingkat iaitu pada Oktober dan Disember tahun ini.

Menurutnya, dua kapal itu akan ditempatkan di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu. - Bernama

Artikel Berkaitan: