Suspek bunuh kucing dalam mesin basuh direman

Tular rakaman CCTV seorang lelaki bertindak kejam membunuh tiga ekor kucing dengan meletakkan haiwan itu di dalam mesin basuh di kedai dobi di Kepong.
Tular rakaman CCTV seorang lelaki bertindak kejam membunuh tiga ekor kucing dengan meletakkan haiwan itu di dalam mesin basuh di kedai dobi di Kepong.
A
A
A

GOMBAK – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia mengesahkan suspek yang membunuh tiga ekor kucing dengan meletakkan haiwan itu dalam mesin basuh di kedai dobi di Desa Aman Puri telah direman.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Norlizan Mohd Noor berkata, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor telah menahan orang yang disyaki pada jam 12.15 tengah malam Isnin lalu.

Menurutnya, Mahkamah Selayang membenarkan perintah reman ke atas lelaki tersebut selama empat hari bermula semalam hingga 16 Julai ini.

“Barang kes iaitu tiga kucing tersebut telah diambil oleh Pegawai Penyiasat untuk dihantar ke Makmal Veterinar Salak Tinggi bagi tujuan bedah siasat.

“Siasatan dijalankan di bawah Subseksyen 29(1)(e), Akta Kebajikan Haiwan 2015 [Akta 772], iaitu dengan kejamnya menyebabkan kesakitan dan penderitaan yang tidak sepatutnya ke atas tiga ekor kucing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular di Facebook sejak Ahad lalu seorang lelaki bertindak kejam membunuh tiga ekor kucing dengan meletakkan haiwan itu di dalam mesin basuh di kedai dobi di Kepong.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu turut tular di media sosial dan menerima kecaman warga net yang mahu tindakan segera diambil pihak berkuasa.

Artikel Berkaitan: