'Saya turun kempen guna kenderaan sendiri'

Paparan skin ciapan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di laman mikro Twittter miliknya.
Paparan skin ciapan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di laman mikro Twittter miliknya.
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tiba di Cameron Highlands hari ini dengan menaiki kenderaan sendiri.

Menerusi gambar yang dimuat naik di akaun Twitternya, Wan Azizah kelihatan turun daripada sebuah Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) berwarna perak.

"Apa khabar rakyat Cameron Highlands? Saya turun menggunakan kenderaan sendiri," tulisnya dalam ciapan tersebut.

[ARTIKEL BERKAITAN: Timbalan Menteri arah pemandu serah kunci kereta JPNP]

Tindakan tersebut dipercayai ada kaitan dengan isu yang ditimbulkan sepanjang kempen PRK Cameron Highlands apabila Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji menggunakan kenderaan milik Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNP).

Isu tersebut berlarutan sehingga mencetuskan pergaduhan antara Tengku Zulpuri dengan jentera BN.

Ekoran daripada itu, calon BN, Ramli Mohd Nor telah membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Koyan mengenai kes dua lelaki memakai baju PH yang dikesan menggunakan kenderaan kerajaan untuk melakukan tugasan parti dalam kempen tersebut.

Sebelum ini, tular di laman sosial sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki kedua-dua lelaki tersebut mempunyai logo Jabatan Perhutanan Negeri Pahang yang disembunyikan di bawah bendera parti Ph dan Jalur Gemilang.

Artikel Berkaitan: