Dewan Rakyat panas sebaik usul tukar Speaker dibawa

Ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan saling berbahas sebaik usul menukar Speaker Dewan Rakyat dibawa oleh Muhyiddin di Dewan Rakyat hari ini.
Ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan saling berbahas sebaik usul menukar Speaker Dewan Rakyat dibawa oleh Muhyiddin di Dewan Rakyat hari ini.
A
A
A
KUALA LUMPUR - Seperti diramal, usul dikemukakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menukar Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dengan mencadangkan calon lain iaitu Datuk Azhar Azizan@Harun menukar suhu Dewan Rakyat hari ini menjadi 'panas'.

Suasana bertukar kecoh sebaik sahaja Timbalan Speaker, Datuk Rashid Hasnon membuka ruang untuk perbahasan bagi usul yang dibawa Muhyiddin itu.

"Usul Perdana Menteri ini terbuka untuk dibahaskan. Saya jemput, saya beri tempoh masa 10 minit. Dua dari sebelah sini (pembangkang) dan dua dari sebelah sini (kerajaan)," katanya.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pertama bangun dan meminta Yang Dipertua tidak menghadkan masa dan jumlah Ahli Parlimen bagi membahaskan usul tersebut.

"Timbalan Yang Dipertua, ini soal yang penting bagi Ahli Parlimen, saya cadangkan Timbalan Yang Dipertua jangan mengambil keputusan terlalu pantas dan gopoh untuk menghalang Ahli-Ahli Parlimen daripada berbahas.
Artikel Berkaitan:


"Ini soal besar, bukan soal teknikal. Dengar dan saya percaya Perdana Menteri boleh mendengar dan menjawab dan sebelum Ahli-Ahli Parlimen memutuskan dengan mengundi.

"Jadi tidak ada sebab mengapa kita nak hadkan kepada dua orang dan menghadkan masa dengan pantas kerana isu ini, isu besar bagi negara. Pertama kali berlaku dalam sejarah," katanya.

Bagaimanapun persoalan yang dibangkitkan Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson tidak dipersetujui Ahli Parlimen blok kerajaan.