Ayob Khan, jangan gentar, kata Musa

Musa (kiri) dan Ayob Khan
Musa (kiri) dan Ayob Khan
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menasihatkan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay agar jangan gentar dan berjaga-jaga berikutan ketegasannya dalam menjalankan tugas, khususnya yang membabitkan ahli politik.

Musa berkata, kenyataan Ayob Khan agar ‘orang politik’ tidak mengganggu urusan dan kerja-kerja kepolisan sebagai nasihat yang bernas dari seorang Ketua Polis Negeri.

"Nasihat saya kepada Ayob Khan, Kejujuran dan ketegasan adalah sifat yang mulia. Walaupun demikian Datuk perlu berjaga-jaga kerana akan menghadapi ramai musuh dari luar dan dalam pasukan yang akan cuba mengkhianati kerana terbiasa dan merasa tergugat di atas ketegasan Datuk,” katanya melalui laman Twitternya hari ini.

Musa berkata, penjelasan Ayob Khan yang jujur dan berdoa agar lebih ramai lagi pegawai tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai prinsip dan sikap sedemikian.

"Semoga PDRM sentiasa cemerlang," katanya.

Memetik laporan sebuah portal berita, Ayob Khan meminta ‘orang politik’ tidak mengganggu urusan dan kerja-kerja kepolisan.

Menurutnya, pegawai dan anggota polis adalah petugas awam yang fungsi serta peranan mereka adalah menguatkuasakan undang-undang.

Katanya, dalam tindakan beliau dan pegawainya dalam menguatkuasakan sesuatu undang-undang itu, mungkin ada pihak yang tidak bersetuju.

Artikel Berkaitan: