'Saya terkejut pejabat dikunci, dimangga'

Pintu pejabat Haniza Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dipasang mangga hari ini. Gambar kecil: Haniza
Pintu pejabat Haniza Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dipasang mangga hari ini. Gambar kecil: Haniza
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Exco Perumahan dan Kehidupan Bandar Selangor, Haniza Mohamed Talha terkejut apabila dimaklumkan pejabatnya sudah dipasang rantai dan mangga pintu ketika pegawai beliau tiba untuk mengambil beberapa barang.

Pejabat Haniza di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dikatakan dipasang mangga hari ini selepas beliau diberikan notis pengosongan jawatan yang diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari semalam.

'Saya dimaklumkan pagi tadi oleh pegawai yang mahu mengambil barang saya di pejabat itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: PKR pecat 5 ahli termasuk Ketua Wanita, Haniza Talha

Haniza yang kini berada di Johor berkata, pegawainya hadir dari jam 10 hingga 10.30 pagi tadi dan kesemua barangnya masih ada di dalam pejabat itu kerana tidak dapat dibawa keluar.

Terdahulu, pengosongan jawatan dimaklumkan secara tidak langsung berkaitan dengan pemecatan beliau daripada PKR pada 29 Jun lalu.

Artikel Berkaitan: