NGO kuasa ketiga dalam membina negara

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Badan bukan kerajaan (NGO) merupakan kuasa ketiga dalam membina negara selepas kerajaan dan sektor swasta.

Timbalan Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Prof Madya Badlishah Sham Baharin berkata, perkara itu dibuktikan melalui gerakan yang dilakukan organisasi bebas itu sehingga berjaya melakukan perubahan besar dalam negara.

“Sejarah penubuhan NGO di Malaysia telah lama berlaku sejak puluhan tahun lalu. Malah kalau masih ingat isu Baling pada tahun 1970-an ia digerakkan oleh NGO, Operasi Lalang, 1980-an turut mendapat respond NGO.

Baru-baru ini ada gerakan mansuhkan ISA sehingga ISA dimansuhkan. Begitu juga Bersih iaitu satu gabungan yang menyeru kepada pilihan raya diadakan dengan telus dan bebas.

Sehingga berlaku kepada perubahan yang tidak pernah berlaku, dimana berlaku satu perubahan dalam kerajaan pusat (PH menumbangkan BN)

Ini menunjukkan NGO mempunyai tekanan dan pengaruh dalam masyarakat dengan menyuarakan keprihatinan rakyat tentang isu-isu semasa.

Ianya juga jelas menunjukkan bahawa NGO memainkan peranan penting dengan menjadi kuasa ketiga dalam membina negara selepas kerajaan dan sektor swasta.

Isu-isu yang dibawa juga dapat menyentuh akar umbi dan merasai nadi rakyat, sekaligus membolehkan mereka mendapat sokongan penuh daripada masyarakat.

Artikel Berkaitan:

Malah, saya sendiri yakin ada juga sumbangan daripada NGO kepada berlakunya perubahan dalam kerajaan pusat tahun lepas.

Ini bermakna keprihatian NGO tehadap gejala rasuah (melalui kempen PRU14) dapat mempengaruhi mereka (rakyat).

Dalam era Malaysia Baharu ini kita inginkan perubahan yang baik, sejarahtera dan dapat membangunkan negara dengan lebih baik.

Justeru, bertepatan dengan era Malaysia Baharu serta amalan demokrasi yang matang, NGO harus diberikan masa dan ruang untuk menyuarakan pandangan.

Jadi, jika ditanya tentang skala berapa untuk diberikan bagi mengukur tahap pencapaian NGO sehingga kini adalah 7 daripada 10,”katanya.

Info penting:

*NGO merupakan kuasa ketiga dalam membina negara selepas kerajaan dan sektor swasta

*Peranan yang dimainkan NGO sangat besar kerana isu-isu yang dibawa menyentuh hak dan keperluan rakyat

*Isu-isu yang dibawa NGO telah banyak mengubah dasar negara

*ISA dimansuhkan selepas mendapat desakan daripada NGO

*Suara yang dibawa NGO mewakili kelompok besar masyarakat.

*Pencapaian yang ditunjukkan NGO kini mencapai skala 7 daripada 10