MPKK, MPKKP dijenamakan semula

Datuk Dr Abd Latiff Ahmad
Datuk Dr Abd Latiff Ahmad
A
A
A

PUTRAJAYA - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP) dijenamakan semula sebagai Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata, penjenamaan semula itu diputuskan pada mesyuarat jemaah Menteri kelmarin bagi menambah baik MPKK dan MPKKP.

“JPKK dikuatkuasakan di 10 negeri pentadbiran Perikatan Nasional manakala JPKKP di empat negeri lain iaitu Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Sabah.

“Jumlah JPKK dan JPKKP yang akan dilantik di seluruh negara adalah sebanyak 15,434, melibatkan keseluruhan anggota seramai 128,930 orang,” katanya pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) di sini semalam.

Beliau berkata, pelantikan anggota jawatankuasa adalah bagi tempoh dua tahun dengan kesemua pelantikan itu dijangka selesai pada Ogos nanti.

“Prosedur pelantikan anggota juga ditambah baik iaitu dengan mewujudkan jawatankuasa di peringkat daerah atau Parlimen untuk melakukan tapisan pemilihan calon mengikut pembahagian komposisi parti komponen kerajaan Persekutuan,” katanya.

Artikel Berkaitan: