Si bulus jalanan diberi nama 'Boo-Net'

Seekor anak kucing betina berjaya dikeluarkan selepas terperangkap dalam kereta Rehana.
Seekor anak kucing betina berjaya dikeluarkan selepas terperangkap dalam kereta Rehana.
A
A
A

SUBANG - Dua ekor anak kucing yang berjaya diselamatkan selepas terperangkap di bahagian lampu kereta dalam kejadian 6 Julai lalu diberi nama sebagai Boo dan Net.

Rehana Ahmad, 31, berkata, kejadian jam 12 tengah hari itu berlaku ketika beliau berhenti seketika di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) untuk mengambil anak lelakinya.

Anak kucing jalanan itu dipercayai mengikut dan bersembunyi dalam kereta sejak dari rumahnya di Bandar Pinggiran Subang.

"Dari rumah memang tidak bunyi kucing. Sampai di Pasti pun saya masih tak dengar apa-apa bunyi.

"Enjin waktu itu hidup sebab dalam kereta ada adik dan anak-anak. Adik pun tidak dengar tapi bila urusan ambil anak selesai, ada orang tegur dengar bunyi kucing dalam bonet.

"Saya terus tutup enjin kereta kerana takut sebab jarak Pasti dengan rumah sejauh satu kilometer, bimbang kucing mati," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Boo dan Net kini dibawah jagaan Rehana.
Boo dan Net kini dibawah jagaan Rehana.

Menurut ibu kepada tiga anak ini, kedua-dua anak kucing betina berusia dua minggu itu berjaya dikeluarkan sejam kemudian.

Artikel Berkaitan:

"Saya tidak pasti bila kucing ini masuk dalam enjin kereta tapi bersyukur berjaya dikeluarkan atas bantuan kawan.

"Ingat kucing itu berada di bahagian enjin tetapi ditemui ia berada di bahagian lampu dan berjaya ditarik keluar," katanya kejadian itu adalah pengalaman pertamanya.

Ditanya kenapa memberikan nama unik Boo dan Net, Rehana berkata, ia hasil cadangan daripada rakan Facebook kelab pencinta kucing Malaysia.

"Pada mulanya nak letak nama Preve sempena nama kereta kami dan nama 'sport' dan 'light' tapi suami beritahu nama panjang sangat, sukar nak sebut.

"Akhirnya kami memilih nama hasil cadangan rakan daripada kelab pencinta kucing Malaysia iaitu Boo dan Net sempena nama bonet kereta," katanya.

Doa Zailani Zawawi termakbul la ni.. Nak sangat bela kucing kan... Selalu tgk org je cite kucing dlm bonet kereta....

Posted by Rehana Ahmad on Monday, July 6, 2020