Juruterbang Airasia maut kereta rempuh lori

Mangsa maut selepas kereta dipandunya melanggar sebuah lori di Kilometer 22.1 Lebuhraya NKVE arah selatan, Petaling Jaya, hari ini.
Mangsa maut selepas kereta dipandunya melanggar sebuah lori di Kilometer 22.1 Lebuhraya NKVE arah selatan, Petaling Jaya, hari ini.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang juruterbang Airasia maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 22.1 Lebuhraya NKVE arah selatan, di sini, dalam kejadian hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintenden Azman Shari'at berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.10 pagi itu, mangsa yang meninggal dunia itu dikenali sebagai Mohd Hafiz berusia 35 tahun.

"Siasatan mendapati, kemalangan dipercayai berpunca apabila kereta jenis Perodua Kelisa yang dipandu mangsa melanggar belakang sebuah lori yang sedang bergerak.

"Pelanggaran terbabit menyebabkan mangsa tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

Katanya, siasatan masih dijalankan dan saksi kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Hafeez Faesal A Aziz di talian 011-32311232 untuk membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: