Pasar raya disaran kembali aktif, tingkat promosi

Langkah itu juga perlu bagi membantu kerajaan merancakkan semula ekonomi. Foto: 123RF
Langkah itu juga perlu bagi membantu kerajaan merancakkan semula ekonomi. Foto: 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pasar raya di ibu negara disaran kembali aktif dan meningkatkan promosi bagi menggalakkan jualan serta menarik pelanggan untuk kembali membeli-belah seperti sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur, Ariffin Samsudin berkata, pasar raya di Kuala Lumpur juga diminta mengambil peluang Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelang dengan mengadakan pelbagai promosi untuk menghidupkan suasana membeli-belah yang tertangguh semasa perayaan Aidilfitri lalu.

Menurutnya, langkah itu juga perlu bagi membantu kerajaan merancakkan semula ekonomi.

"Selain itu, KPDNHEP Kuala Lumpur menegaskan semua pusat membeli-belah yang beroperasi di Kuala Lumpur agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Pada masa sama adalah perlu bagi mematuhi semua keputusan yang dipersetujui oleh Pusat Pengurusan Krisis (CMC) Kuala Lumpur yang bertanggungjawab penuh atas pengurusan bencana Covid-19 di ibu negara," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Artikel Berkaitan: