X

Kindly register in order to view this article
!

'Penerbangan palsu' buat kaki melancong

Tiada perkhidmatan makanan dan minuman disediakan sebaliknya, penumpang bebas mengambil gambar di pesawat seolah-olah sedang terbang. - Foto 123RF
A
A

TAIPEI - Akibat wabak koronavirus (Covid-19) melanda dunia, jadual penerbangan keluar masuk negara dibatalkan bagi mengekang jangkitan penyakit berkenaan.

Bagaimanapun di Taipei, bagi mereka yang 'mengidam' untuk melancong boleh mengambil pakej menarik dan unik iaitu 'penerbangan palsu', lapor Daily Star.

Pakej penerbangan palsu perlu melalui proses bermula dengan membeli tiket, memeriksa barang, hingga duduk di atas kapal terbang dan tempoh penerbangannya singkat iaitu dua jam sahaja.

Penerbangan palsu ini dijadualkan pada Khamis (4 Julai 2020) dan Selasa (7 Julai 2020) di lapangan terbang Taiwan.

Setelah tiket sudah dibeli, pas masuk diperoleh, calon penumpang terus melalui pos keselamatan dan imigresen untuk pemeriksaan bagasi.

Kemudian calon penumpang memasuki pesawat dan disambut oleh pramugari seperti penerbangan umum.

Pakej penerbangan palsu perlu melalui proses bermula dengan membeli tiket, memeriksa barang, hingga duduk di atas kapal terbang dan tempoh penerbangannya singkat iaitu dua jam sahaja. - Gambar hiasan
Pakej penerbangan palsu perlu melalui proses bermula dengan membeli tiket, memeriksa barang, hingga duduk di atas kapal terbang dan tempoh penerbangannya singkat iaitu dua jam sahaja. - Gambar hiasan

Penumpang akan diarahkan ke tempat duduk mereka dan menikmati masa untuk berehat.

Tetapi dalam penerbangan palsu ini tidak disediakan perkhidmatan makanan dan minuman sebaliknya, penumpang bebas mengambil gambar di pesawat seolah-olah sedang terbang.

Pesawat tetap berada di kawasan lapangan terbang sehingga tempoh penerbangan palsu selama dua jam berakhir.

Lawatan penerbangan palsu pertama bakal dikendalikan oleh China Airlines dan EVA Air.

Wakil Pengarah Bandara Taipei Songshan, Chih-ching Wang berkata, ramai tidak berpeluang melancong keluar negara.

"Perkhidmatan disediakan ini mampu memberi pengalaman berbeza sambil mempelajari lebih lanjut mengenai proses penerbangan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus