Saksi enam kes langgar lari diminta tampil

Nurulhuda
Nurulhuda
A
A
A

KLANG - Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara menyenaraikan enam kes kemalangan maut dan langgar lari yang belum dibuat laporan sejak 5 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, lima kejadian itu melibatkan kemalangan motosikal dengan kenderaan (tidak pasti) dan satu kes penunggang basikal dilanggar.

Menurutnya, seorang lelaki berusia 71 tahun meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) pada 21 Disember lalu selepas parah dalam kemalangan di Jalan Pekan Baru Klang.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku melibatkan mangsa penunggang basikal dengan kenderaan tidak pasti di jalan dua hala, dua lorong itu.

"Tiada saksi tampil membuat laporan polis setakat hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya,

Beliau turut menyenaraikan lima kes maut yang masih disiasat di Jalan Kurau dari Port Klang menghala Northport jam 12.40 tengah hari (5 Disember), Kilometer 6.5 Lebuhraya Persekutuan Shah Alam menghala Klang (24 Disember) jam 7.17 pagi dan simpang tiga Jalan Iskandar-Jalan Setia Jaya 6 Januari, 9.13 malam.

"Semua maut di lokasi kejadian termasuk tambahan satu kes persimpangan Jalan Meru-Jalan Taman Meru Jaya 2 pada Sabtu lalu juga melibatkan penunggang motosikal dengan kenderaan tidak pasti.

"Waris Suryanto Mat Yadi.63 yang maut pada 25 Disember lalu di Lebuh Sultan Muhamed 1 berdekatan kilang Samsung Bandar Sultan Sulaiman diminta tampil menuntut jenazah yang masih berada di HTAR," katanya.

Artikel Berkaitan:

Orang awam yang mempunyai maklumat kejadian diminta berhubung dengan pegawai penyiasat atau cawangan trafik IPD Klang Utara ditalian 03-3291222 sambungan 3063 bagi membantu siasatan.