Messi mungkin sertai Manchester City atau Juventus

 Lionel Messi
Lionel Messi
A
A
A

BINTANG Barcelona, Lionel Messi berkemungkinan akan menyertai Manchester City atau Juventus sekiranya tidak menyambung kontrak bersama kelab Catalan itu.

Bekas pemain Barcelona, Rivaldo berkata, perpindahan ke kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu tidak mustahil akan berlaku melihatkan kepada hubungan akrab dengan pengendali City, Pep Guardiola.

"Jika dia bertindak mahu meninggalkan Barcelona, sudah tentu ada sesuatu yang tidak menyenangkannya berlaku di bilik persalinan dan dia sudah letih dengan masalah yang membelenggu kelab.

"Apabila kontrak Messi tamat, dia akan berumur 34 tahun, tetapi dengan bakatnya dia dengan mudah akan berjaya di EPL.

"Dia mempunyai hak untuk berpindah dan bermain bersama Guardiola memandangkan Guardiola pernah melatih dan bermain bersama ketika di Barcelona," katanya.

Selain City, Rivaldo turut melihat kemungkinan pemain lincah itu akan menyertai Juventus dan memenuhi hasrat seluruh peminat dunia untuk melihat gandingannya bersama Cristiano Ronaldo.

"Dengan semua spekulasi ini, saya percaya ada ejen bola sepak yang sudah memikirkan untuk membawa Messi ke Turin yang akan menjadi perpindahan yang mengemparkan dunia.

"Juventus juga sudah tentu akan mendapat pulangan yang tinggi hasil pelaburan untuk mendapatkan Messi. Penaja Juventus juga saya yakin akan bersedia memberikan wang untuk melihat ia berlaku.

Artikel Berkaitan:

"Ia akan menjadi satu detik sejarah untuk melihat Ronaldo dan Messi dalam pasukan sama," katanya.

Sebelum ini, Messi dilaporkan menolak rundingan untuk menyambung kontraknya di kelab tersebut yang bakal berakhir pada 2021.