X

Kindly register in order to view this article
!

'Ada sebab nama tiada dalam senarai latihan pemain'

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menyenaraikan 35 pemain yang akan menyertai kem latihan pusat skuad B-19 negara kendalian Brad Maloney selama tiga minggu dari 6 hingga 26 Julai ini.
A
A

KETIADAAN nama Luqman Hakim Shamsudin, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi serta Harith Haiqal Adam Afkar dalam senarai 35 pemain yang akan mengikuti kem latihan pusat skuad Bawah 19 tahun (B-19) negara mulai 6 Julai ini tidak harus menjadi isu besar.

Pengurus skuad B-19 negara, Datuk Kamarul Ariffin Mohd Shahar berkata, kesemua pemain yang dipanggil bagi sesi latihan Fasa 1 itu secara keseluruhannya melibatkan mereka yang tidak mempunyai komitmen dengan pasukan masing-masing dalam saingan Piala Belia dan Piala Presiden.

Justeru, beliau memberitahu, pemain-pemain yang kini terlibat dengan tugasan bersama pasukan masing-masing bagi menghadapi kempen Liga Super dan Liga Premier tidak akan dipanggil pada kem latihan pusat tersebut.

“Bukan setakat Luqman Hakim tetapi ramai lagi pemain seperti Mukhairi Ajmal, Harith Haiqal yang kita belum panggil lagi kali ini. Mungkin untuk sesi latihan Fasa 2 nanti, kita akan panggil mereka.

“Lagipun, kalau ikut SOP (prosedur operasi standard), hanya dibenarkan seramai 35 pemain untuk jalani latihan. Jadi harap janganlah berprasangka buruk apabila kita tak panggil nama-nama yang tidak ada kali ini,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Kamarul Ariffin Mohd Shahar
Kamarul Ariffin Mohd Shahar

Terdahulu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menyenaraikan 35 pemain yang akan menyertai kem latihan pusat skuad B-19 negara kendalian Brad Maloney selama tiga minggu dari 6 hingga 26 Julai ini.

Kem latihan pusat itu diadakan sebagai persediaan awal bagi menghadapi Pusingan Akhir Kejuaraan B-19 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2020 yang dijadualkan berlangsung di Uzbekistan mulai 14 hingga 31 Oktober depan.

Dalam pada itu, Kamarul Ariffin berkata, pemain akademi kelab Divisyen Dua Liga Amerika Syarikat (MLS), St Louis FC, Wan Kuzri Wan Kamal kini sedang menjalani proses kuarantin.

Menurutnya, setelah selesai proses kuarantin berkenaan, pemain berusia 17 tahun itu yang juga adik kepada pemain Sporting Kansas City, Wan Kuzain Wan Kamal akan menyertai sesi latihan pasukan.

“Sesi latihan itu nanti masih tertakluk kepada SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan iaitu tidak melibatkan sentuhan. Namun, kami turut menunggu keputusan kerajaan mengenai cadangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhubung kebenaran mengadakan latihan kontak penuh,” jelasnya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf