Perak bakal anjur persidangan e-Sukan pertama

Howard (tengah) bersama-sama pihak yang yang terlibat dengan penganjuran persidangan tersebut selepas mengadakan mesyuarat penyelarasan hari ini.
Howard (tengah) bersama-sama pihak yang yang terlibat dengan penganjuran persidangan tersebut selepas mengadakan mesyuarat penyelarasan hari ini.
A
A
A

PUSAT Aspirasi Anak Perak (Pasak) dengan kerjasama kerajaan Perak dan pihak swasta akan menganjurkan Persidangan Industri Professional Esports (EPIC) yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Casuarina pada 2 dan 3 Mac ini.

Exco Pembangunan Belia dan Sukan Perak, Howard Lee Chuan How berkata, persidangan yang julung kali diadakan di Perak itu nanti akan menjadi satu penanda aras bagi hala tuju e-Sukan di Perak.

Katanya, persidangan tersebut akan melibatkan ahli panel dalam negeri dan antarabangsa yang bergiat aktif dalam pembangunan e-Sukan di seluruh pelusuk negara.

"Matlamat persidangan ini adalah untuk membuka peluang dan ruang kepada

rakyat di Perak khususnya golongan belia agar melihat e-Sukan ini sebagai satu sukan yang sihat menerusi perkongsian pengalaman dan kepakaran ahli panel.

"E-Sukan merupakan satu sektor ekonomi baharu pada masa kini dan bakal melonjakkan sektor ekonomi negeri Perak," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Howard berkata, satu mesyuarat penyelarasan persidangan telah pun berlangsung pada hari ini membincangkan mengenai perjalanan program tersebut.

Menurutnya, persidangan selama 2 hari itu juga dijangka menarik lebih 4,000 pengunjung terutama golongan belia yang berkecimpung dalam arena e-Sukan.

Beliau berkata, pameran serta kejohanan akan diadakan ketika persidangan tersebut dengan 30 pempamer akan menyertai.

Artikel Berkaitan:

"Manakala bagi kejohanan pula,

sebanyak empat permainan daripada tiga konsol berbeza iaitu Dota 2 bagi konsol komputer, PUBG Mobile dan Mobile Legend bagi konsol telefon pintar serta FIFA19 bagi konsol Playstation 4.

"Hadiah terkumpul sebanyak RM20,000 menanti peserta Kejohanan.